May 17, 2013

#20 setelah sekian

Lama sudah belog ni bersarang, lebah tebuan kerengga segala jenis mungkin. Bukan tak sudi mahu ku update dengan kisah kisah terbaru ke apa apa, tapi yang follow pun hanya tujuh orang masing masing follow twitter dan instagram aku, masing masing mungkin tahu apa aku buat hari hari. eh salah. mungkin mereka tidak tahu. Hari hari yang lepas, ada tergerak hati mahu update tentang politik, tapi bila fikir sehabis masak, ah biarlah, kalau ku update ni mahu buat gaduh, singgung hati teman teman yang berpihak pada parti berlawan dari aku. Biar lah semua sudah reda, angin dah berhenti tiup kencang, punggung semua sudah tidak panas mahu melenting.  

Sekarang duduk melantak menonggeng membongkang di rumah, terasa rindu dengan teman matrikulasi, teman teman makan siang malam, teman berjimba tonton movie, teman bergosip melayari webpage beautifulnara setiap malam sabtu, teman mengata cek ta, teman online shopping, teman tidur dalam kuliah, teman aku rujuk hal agama dengan budak mahad, teman random skype malam malam. Rasa macam mahu roadtrip satu johor pusing cari teman yang faham aku lebih, teman yang aku tak rasa insikyo bila dengan mereka, teman yang aku huduh pun mereka tetap bangga  kemudian gelakkan aku, teman yang sanggup peluk aku walaupun aku busuk masam, teman yang berkali kali dengar aku menangis tanpa rasa rimas. 

Jangan sampai aku beli tiket bas ke Johor cari mereka semua.